Mar 4, 2017

Parti Gyudon

Hi

Haritu keluar dengan geng rapat time sekolah. Bukan senang nak jumpa dua ekor sekali haa kali ni bergabung meletup. Kiranya first time jumpa untuk umur yang ke- 21, dewasa sangat kan ? Uhuks.
So kawan sorang ni teringin nak makan kat Sukiya. Aku ingat Suki-Ya yang daging nipis celup dalam sup panas tu amboi harga dia boleh tahan. Memandangkan tengah kaya time tu aku macam on je haha kalau tak kaya lepak mamak jelah weh. Rupanya bukan itu maksud dia,

Ni rupanya sukiya yang dia nak sangat tu

Habis aku kena maki sebab dia terkejut aku marah dia kenapa nak makan tempat mahal mahal padahal salah paham je. Okay pastu terus buat research kat website. Harga not bad lagi murah dari Sushi King. Haa pastu mulalah nak cakap “Sushi King tu mahal pun berbaloi makanan sedap” weh jap jap belum habis explain lagi! 

Ni aku order Negitama Gyudon (Spring Onion & Half Boiled Egg). Ada telur pemalas atas nasi tu sumpah comel! Ada tiga saiz ( Small, Medium, Large) dan aku minta saiz medium. Mula mula nak ambil large sebab yelah kalau gyudon Sushi King tu satu bowl tak pernah cukup. Rupanya gais saiz medium dah boleh buat perut kau macam mengandung anak triplet.  Mangkuk besar dari Sushi King punya for sure haha portion pun banyak sangat. Jangan bash aku sebab asyik nak bandingkan dengan Sushi King sori but Sushi King still bae hiks. 


                                 Curi gambar jap. Nampak tempting sangat kan?! Memang pun

Ni baru gambar betul. Takde tipu punya

Kawan kata aku tengah makan rumput gais dia taktahu ke spring onion tu sedap? Tengok gambar tu memang tak kedekut kan portion dia. Daging dengan nasi pun banyak. Taknak bagi rating sebab semua makanan sedap bagi aku. Lain orang lain taste kan tapi kalua anda penggemar gyudon inilah tempatnya! Harga Negitama Gyudon for M size only RM 11.40 haa murah kan cubalah bandingkan dengan (...) hehehe.

Sekarang nak tunjuk makanan kawan kawan aku pula. Syasya order Three Cheese Gyudon. Dalam tu ada mozarella, american cheese dan yang lagi satu aku tak surelah janji cheese. Dia kata sedap dan akan pergi lagi ke Sukiya untuk benda ni. Alissa pulak order Osaka Okonomi Gyudon. Rasa macam okonomiyaki beli kat aeon tu tapi version ada nasi. Yang taktahu okonomiyaki tu rasa cemana, rasa sama macam takoyaki. Harga semua boleh tengok kat website Sukiya

 Alissa add on miso soup. Aku tak suka miso soup! Rasa macam ikan mati gais. Macam manalah dia boleh telan hm.

Cheese penuh satu mangkuk. 

Kualiti gambar tak boek sebab lighting kat area aku tak bagus tapi tak kisahlah kan janji makanan sedap.  So semua order air green tea sebab malas nak pikir. Bagi aku green tea dia sedap je tapi lagi sedap SK punya. Yang dua ekor tu pulak komen, rasa macam air longkang hahaha tapi habis jugak.

  Untuk sesiapa yang mulut macam longkang eloklah pekena ni satu

Dah sedap makan bayarlah jangan nak buat buat lupa

Mula mula masuk Sukiya macam gadis "idaman" lelaki, lepas je keluar restoran masing masing dah rupa macam ibu mengandung. Parti tak habis lagi ye gais. Lepas makan besar mestilah kena cari dessert. Nampak ramai orang beratur kat Mammamia Gelato Italiano (mestilah sedap kalau ramai beratur). 

Dari kiri Kinder Bueno, Marshmellow Doraemon, lagi satu lupa. Ibu jari aku tu apehal eksaited sangat

Sedap gais harga RM 3 posen posen je. Aku punya kaler biru tu rasa macam cotton candy marshmellow blueberry. Pergilah cuba dulu baru tahu rasa dia macam berada di atas awan dan di surga.


Belanja lah sikit dua ekor tenuk yang paling disayangi ni hehe. Tudung pink Syasya dan tudung coklat tu Alissa. Okay dua dua tak available yang available tengah tu je hewhew. Dorang ni lah yang selalu ajak food hunting since zaman sekolah lagi. Ajak jadi sakai pun dorang ni lah haha sakai sakai kami pun berguna jugak kan. Masing masing dah cantik (cantik ke) dan berjaya, sorang bidang bisnes sorang psikologi sorang pembangunan hm jom masuk sekolah balik dapat belajar benda yang sama :') 

Okay bye gais sampai ni je parti. Tutup parti.


No comments: