Mar 4, 2017

Parti Gyudon

Hi

Haritu keluar dengan geng rapat time sekolah. Bukan senang nak jumpa dua ekor sekali haa kali ni bergabung meletup. Kiranya first time jumpa untuk umur yang ke- 21, dewasa sangat kan ? Uhuks.
So kawan sorang ni teringin nak makan kat Sukiya. Aku ingat Suki-Ya yang daging nipis celup dalam sup panas tu amboi harga dia boleh tahan. Memandangkan tengah kaya time tu aku macam on je haha kalau tak kaya lepak mamak jelah weh. Rupanya bukan itu maksud dia,

Ni rupanya sukiya yang dia nak sangat tu

Habis aku kena maki sebab dia terkejut aku marah dia kenapa nak makan tempat mahal mahal padahal salah paham je. Okay pastu terus buat research kat website. Harga not bad lagi murah dari Sushi King. Haa pastu mulalah nak cakap “Sushi King tu mahal pun berbaloi makanan sedap” weh jap jap belum habis explain lagi! 

Ni aku order Negitama Gyudon (Spring Onion & Half Boiled Egg). Ada telur pemalas atas nasi tu sumpah comel! Ada tiga saiz ( Small, Medium, Large) dan aku minta saiz medium. Mula mula nak ambil large sebab yelah kalau gyudon Sushi King tu satu bowl tak pernah cukup. Rupanya gais saiz medium dah boleh buat perut kau macam mengandung anak triplet.  Mangkuk besar dari Sushi King punya for sure haha portion pun banyak sangat. Jangan bash aku sebab asyik nak bandingkan dengan Sushi King sori but Sushi King still bae hiks. 


                                 Curi gambar jap. Nampak tempting sangat kan?! Memang pun

Ni baru gambar betul. Takde tipu punya

Kawan kata aku tengah makan rumput gais dia taktahu ke spring onion tu sedap? Tengok gambar tu memang tak kedekut kan portion dia. Daging dengan nasi pun banyak. Taknak bagi rating sebab semua makanan sedap bagi aku. Lain orang lain taste kan tapi kalua anda penggemar gyudon inilah tempatnya! Harga Negitama Gyudon for M size only RM 11.40 haa murah kan cubalah bandingkan dengan (...) hehehe.

Sekarang nak tunjuk makanan kawan kawan aku pula. Syasya order Three Cheese Gyudon. Dalam tu ada mozarella, american cheese dan yang lagi satu aku tak surelah janji cheese. Dia kata sedap dan akan pergi lagi ke Sukiya untuk benda ni. Alissa pulak order Osaka Okonomi Gyudon. Rasa macam okonomiyaki beli kat aeon tu tapi version ada nasi. Yang taktahu okonomiyaki tu rasa cemana, rasa sama macam takoyaki. Harga semua boleh tengok kat website Sukiya

 Alissa add on miso soup. Aku tak suka miso soup! Rasa macam ikan mati gais. Macam manalah dia boleh telan hm.

Cheese penuh satu mangkuk. 

Kualiti gambar tak boek sebab lighting kat area aku tak bagus tapi tak kisahlah kan janji makanan sedap.  So semua order air green tea sebab malas nak pikir. Bagi aku green tea dia sedap je tapi lagi sedap SK punya. Yang dua ekor tu pulak komen, rasa macam air longkang hahaha tapi habis jugak.

  Untuk sesiapa yang mulut macam longkang eloklah pekena ni satu

Dah sedap makan bayarlah jangan nak buat buat lupa

Mula mula masuk Sukiya macam gadis "idaman" lelaki, lepas je keluar restoran masing masing dah rupa macam ibu mengandung. Parti tak habis lagi ye gais. Lepas makan besar mestilah kena cari dessert. Nampak ramai orang beratur kat Mammamia Gelato Italiano (mestilah sedap kalau ramai beratur). 

Dari kiri Kinder Bueno, Marshmellow Doraemon, lagi satu lupa. Ibu jari aku tu apehal eksaited sangat

Sedap gais harga RM 3 posen posen je. Aku punya kaler biru tu rasa macam cotton candy marshmellow blueberry. Pergilah cuba dulu baru tahu rasa dia macam berada di atas awan dan di surga.


Belanja lah sikit dua ekor tenuk yang paling disayangi ni hehe. Tudung pink Syasya dan tudung coklat tu Alissa. Okay dua dua tak available yang available tengah tu je hewhew. Dorang ni lah yang selalu ajak food hunting since zaman sekolah lagi. Ajak jadi sakai pun dorang ni lah haha sakai sakai kami pun berguna jugak kan. Masing masing dah cantik (cantik ke) dan berjaya, sorang bidang bisnes sorang psikologi sorang pembangunan hm jom masuk sekolah balik dapat belajar benda yang sama :') 

Okay bye gais sampai ni je parti. Tutup parti.


Nov 14, 2016

Random Facts About Me

Hi.

Rasa awkward sangat nak taip sebab dah 4 tahun tinggalkan dunia blog. Tak tahu kenapa tiba tiba datang nur nak start blogging sampai tak tidur malam edit blog. Kadang fefeeling nak tulis diari tu datang lagi lagi waktu malam, orang kata late night thoughts gitu haha.

So first post nak senaraikan some random facts about me. These may be not THAT interesting but i'll try. Kemon ah!

1. Dilahirkan pada tarikh April Fool.

2. Makan banyak mana pun still kurus macam lidi satay. Tengah plan nak consume vitamin gemuk.

3. Mempunyai lesung pipi (dimples) yang tak symmetrical.

4. Kalau berdiri sebelah adik takda siapa syak aku sebenarnya seorang kakak.

5. Suka kucing. 

6. Mudah terhibur. Benda tak lawak pun kadang boleh gelak.

7. Suka overthinking, tak silap satu hari boleh beruban satu kepala di masa muda ni.

8. Order sandwich Subway mesti letak topping sama je. Veggies letak lettuce dengan onion pastu sauce letak mayonis je. 

9. Makan makanan pedas macam lauk lemak cili padi, ayam masak merah, samyang ramen, bihun sup letak 5 senduk cili kicap pun tak kisah. Yang lemahnya aku tak suka chilli sauce ke ketchup ke jangan bagi aku.

10. Haah memang pelik sejak azali.

11. Fav alternative rock bands Oasis, Radiohead, The Killers, Jimmy Eat World.

12. Kerja part time selalu jadi promoter je, tak pernah cuba benda lain.

13. I chew gums to get sexy jawline haha merapulah kau.

14. Semua lagu Green Day mantap.

15. Jenis suka dengar lagu berulang ulang sampai muntah pastu dah mampus kau sana aku nak cari lagu lain pulak.

16. Suka berangan. Suka shopping tapi bila tengok duit poket berdebu debu. Dah jom sambung berangan.

17. Berangan nak nyanyi lagu macam macam kat Smule. Dengar suara sendiri terus lari tepi bucu dan menangis.

18. Dulu selalu perhati dan berharap budak budak tu akan jadi kawan aku one day. Guess what sekarang dorang dah pun jadi kawan aku, till jannah inshaAllah.

19. Aku sembang sembang kosong ni padulah dah kena tarik buat presentation terketaq ketaq.

20. Aku tak minum kopi tapi bau kopi tu menyengat. Makan gula gula kopiko je boleh.

21. Time sekolah cikgu ICT suruh ambil course programming pasal aku punya assignment powerpoint tu kreatif katanya.

22. Aku cuba untuk suka course Bangunan/ Building walaupun ada bau masa depan gelap macam construction delay tak silap terus jadi rumah angker.

23. Ada masa aku hyper ada masa mood tak baik. Tengah slow slow buang sikap macam tu.

24. Dah dua kali kena tinggal dengan bas nak balik UiTM beb tak guna betul. Trauma tak trauma lah.

25. Aku tak suka jeruk. Jenis apa sekali pun memang tak akan makan. Boleh terima kimchi Dubuyo je sebab tak masam.

26. Pernah bercita cita tinggi study bahasa french dan korean guna app Duolingo. Bila pikir balik bahasa Arab pun tak lepas dah lah baik tidur je.

27. Pernah tak tidur tiga hari berturut sebab main game.

28. Aku simpan gambar gambar sebagai memori, sweet kan. Nanti bila tertengok balik "Oh macam ni rupanya aku dulu", padahal sama je tak pernah berubah.

29. Aku suka dia tapi dia tak suka aku haha dungu jom balik makan kuaci.

30. Lepas balik dari kelas tak sah tak cerita dari A sampai Z dekat rumet. Thanks rumet sudi dengar dan tak pernah bosan melayan kerenah aku.

31. Jjampong dekat Gomonae sedap tak menahan. Lepas makan rasa macam tengah berenang di tengah lautan. Kimbap dekat Myeondong Topokki pulak terbayang bayang sampai sekarang.

32. Jenis tak boleh hidup kalau tak bawa earpods bila duduk dalam bas.

33. Seorang yang membosankan.

34. Suka kaler kuning.

35. Gudetama (Telur Pemalas) comel. Sama spesis macam aku.

36. Bab kira kira lemah sikit.


37. Aku kadang clumsy sikit. Taktahu lah sikit ke banyak.